Sifat Yang Harus Bagi Allah
Sifat yang harus bagi Allah hanya satu iaitu harus Allah melakukan atau meninggalkannya. Ertinya Allah itu harus melakukan sesuatu mengikut kehendak dan kudratNya, tidak dipengaruhi oelh sesiapapun, Allah bebas melakukan atau menjadikan sesuatu tanpa diikut oleh sesuatu peraturan atau tidak melakukannya.