Ulul Azmi
Daripada golongan rasul ada yang digelar Ulul Azmi, ertinya orang yang mempunyai keteguhan semangat dan kekuatan mental, kecekalan, kukuh pendiriannya dalam menghadapi apa juga cabaran dan dugaan, pantang undur ke belakang walau setapak pun. Mereka ialah Nabi Muhammad s.a.w, Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa, dan Nabi Noh alaihisalam.