Pengertian Doa
   

-

  Doa bererti memohon atau meminta sesuatu yang baik daripada Allah s.w.t yang Maha Pemurah. Allah s.w.t. menyuruh orang-orang Islam berdoa atau meminta sesuatu kepadaNya seperti firman di bawah yang bermaksud:
 
 
Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kepada Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina.” (Surah Al-Mu’min:60)

-

  Orang yang berdoa mesti yakin bahawa doanya akan dikabulkan Allah. Ada kalanya doa seseorang itu mustajab, kerana sebaik sahaja ia berdoa lantas Allah memakbulkan dengan segera atau Allah menundakan doanya itu hingga beberapa lama pada masa yang akan datang